PROGRAM HALATUJU SPM & STAM

TARIKH          :           8 NOVEMBER 2023
TEMPAT         :           SEK. MEN. AGAMA AL-WOSTO TEMERLOH, PAHANG
SASARAN      :           PELAJAR SPM DAN STAM

Bersama anak-anak syurga SPM dan STAM SMA Al-Wosto, Temerloh hari ini.

Cikgu Azril sangat bersyukur dengan layanan serta respon pelajar ketika sepanjang hari berkongsi maklumat halatuju pendidikan mereka ini.

Anak-anak ini sangat terkejut hari ini apabila diterangkan hari ini bahawa mereka layak memohon program luar negara sebanyak 9 (sembilan) program!!.

Kebanyakannya adalah program-program di bawah tajaan seperti berikut :

1) YTP MARA
2) Program Khas JPA-MARA
3) Program Khas JPA (Jepun, Korea, Jerman & Perancis)

Paling penting bagi cikgu adalah ilmu pendidikan kaunseling kerjaya itu telah dilaksanakan sebaik mungkin terhadap anak-anak ini.

Maklumlah, sekolah mereka ini tidak mempunyai Guru Bimbingan & Kaunseling sepenuh masa. Yang ada hanyalah guru akademik biasa yang dalam masa yang sama harus menggalas tugas sebagai penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah.

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan guru-guru ini. Ilmu ini luas, Insya-Alalh, akan lebih mudah apabila kita sentiasa ingin mencari ilmu itu.

Ads

Maklumat Penting

Alamat

Netplan Resources
Lot 1464, Desa Murni Songsang,
28020 Temerloh,
Pahang Darul Makmur