TARIKH : 25 NOVEMBER 2023
TEMPAT : INSTITUT BIODIVERSITI JABATAN PERHILITAN, LANCHANG PAHANG
SASARAN : PELAJAR SPM
Alhamdulillah...
Selesai pagi ini Cikgu Azril melebarkan sayapnya ke daerah Lanchang, Pahang dalam menabur ilmu bagi Program Halatuju Pendidikan Selepas SPM.
Hari ini bersama anak-anak syurga Tingkatan 5 SPM seramai 66 orang SMK Bukit Damar, Lanchang Pahang. Sebahagian bear anak-anak ini datangnya dari penduduk FELDA berdekatan iaitu FELDA Bukit Damar dan FELDA Lakum.
Sebenarnya anak-anak SPM ini sedang mengikuti program kecemerlangan akademik di Pusat Biodiversiti, Lanchang Pahang dan salah satu pengisian tentatif program adalah program halatuju SPM yang dikendalikan oleh cikgu.
Semoga dipermudahkan segala usaha pihak sekolah dalam merencanakan kecemerlangan buat anak-anak ini.
